Thursday, October 15, 2020

FBLIVE 'ONLY ME' ke YOUTUBE 'UNLISTED' DI BLOG

 1)  Rakam video menggunakan kaedah FB Live 'Only Me'.


2) Panjang rakaman ialah 1 minit (minimum) sehingga 2 minit (maksimum)


3) Kandungan video ialah maklumat tentang diri Anakanda yang Anakanda telah tulis dalam Padlet 1B.


4) Muat naik hasil video FB Live ini ke YouTube dengan setting 'UNLISTED' di saluran (<>  channel) YouTube Anakanda.


5)  Bina blog di BLOGGER dengan menggunakan akaun Gmail.


6)  Bentuk pos (<> post) bertajuk 'LANGKAH-LANGKAH MUAT TURUN DAN MUAT NAIK VIDEO FB LIVE KE YOUTUBE'.


7) Di pos tersebut, pastikan Anakanda berikan dan terangkan dengan jelas langkah-langkah yang Anakanda gunakan untuk  perkara berikut:


(a) merakam video FB Live 'Only Me'. [Sertakan screenshot untuk FB Live ini di pos Anakanda.]


(b) memuat turun video FB Live ini. [Sertakan screenshot untuk setiap langkah  untuk memuat turun video ini di pos Anakanda]


(c) memuat naik video yang telah dimuat turun ke YouTube dengan setting 'UNLISTED'. [Sertakan screenshot untuk setiap langkah  untuk memuat naik video ini di pos Anakanda]


8)  Screenshot perlu dilabel dengan 'Gambar 1' dan nombor seterusnya.  Letak label ini di bawah screenshot.  Lihat contoh di bawah.


Gambar 1

9) Pastikan screenshot dan label berada di kedudukan tengah pos Anakanda.


10) Letak pautan pautan YouTube di pos Anakanda di blog Anakanda dengan menggunakan kaedah 'embed' dan kaedah pautan seperti contoh di bawah.





10)  Letak pautan pos Anakanda di blog Anakanda seperti mana yang saya tunjukkan di bawah:



No comments:

Post a Comment